Platform pengajaran dan pembelajaran secara digital yang direka khas untuk para guru dan murid
Selaras dengan Matlamat Dasar Pendidikan Digital KPM
Ciri-ciri i-LEARN Ace @ DELIMa yang memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Jana soalan dan hantarkan tugasan kepada murid-murid melalui Google Classroom dengan mudahnya.
i-LEARN Ace Versi Premium untuk Murid
i-LEARN Ace ialah platform pembelajaran digital yang melancarkan proses pembelajaran murid dengan fungsi dan ciri yang inovatif dan memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Digital Malaysia – hanya dengan langganan RM1/hari.
i-LEARN Ace merupakan platform pengajaran dan pembelajaran digital yang memperkasakan pelajar dan guru selaras dengan objektif Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
i-LEARN Ace dibangunkan oleh syarikat Sasbadi Online Sdn. Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad, sebuah kumpulan penyedia penyelesaian pendidikan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985.
i-LEARN Ace @ DELIMa ialah inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Sasbadi yang menyediakan i-LEARN Ace secara PERCUMA di DELIMa untuk membantu guru dan pelajar SMK Tingkatan 4 dan 5 dalam persediaan ke arah SPM. Kini tersedia sehingga akhir sesi akademik 2024/2025.
Ya, kandungan i-LEARN Ace meliputi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua subjek teras dan pelbagai subjek elektif, dan kandungan di i-LEARN Ace sentiasa dikemas kini untuk menyediakan kandungan yang berkesan dan relevan bagi pengajaran dan pembelajaran.
(a) Nota - Pelbagai nota yang jelas, komprehensif dan berwarna-warni tersedia untuk memudahkan guru mengajar dengan lebih efisien dan berkesan. (b) Praktis Objektif - Soalan aneka pilihan yang boleh disesuaikan mengikut topik dan tahap kesukaran dan boleh dihantar kepada murid melalui Google Classroom. (c) Praktis Subjektif - Praktis pengukuhan ke arah SPM yang boleh digunakan sebagai bahan PdP dan PBD di dalam kelas. (d) Kertas Ujian - Model kertas ujian berdasarkan format SPM terkini yang boleh digunakan sebagai latihan bersama murid di dalam kelas. (e) Pelaporan - Sistem analitik prestasi pelajar yang jelas dan komprehensif tersedia.
Subjek-subjek yang ditawarkan dalam i-LEARN Ace @ DELIMa adalah seperti berikut:
Tidak perlu. Anda hanya perlukan peranti komputer, tablet atau telefon pintar sekiranya ingin menggunakan i-LEARN Ace @ DELIMa.
Guru boleh menghantar tugasan Praktis Objektif melalui Google Classroom, dan murid boleh mengaksesnya menggunakan telefon bimbit atau tablet sahaja. Murid perlu memastikan mereka sudah memuat turun Aplikasi Sasbadi di dalam peranti mereka terlebih dahulu, dan mereka boleh log masuk ke akaun DELIMa mereka melalui aplikasi Sasbadi untuk mengakses tugasan yang diberikan.
Tidak boleh. Semua kandungan dalam i-LEARN Ace @ DELIMa adalah harta intelek Sasbadi dan penulis kami, jadi kandungan tidak boleh disalin/dimuat turun untuk melindungi hak harta intelek kami.
Ya, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah teknikal atau masalah kandungan, anda boleh menghubungi kami melalui:
E-mel: enquiry@ilearnace.com
Telefon: +603-6142 3820 / +603-6150 4526
Khidmat Pesanan Ringkas: +6010-4028331 (WhatsApp)
Waktu bekerja kami adalah seperti yang berikut:
Isnin hingga Jumaat
8:30 pagi - 1:00 tengah hari dan
2:00 petang - 5:30 petang
(Sebarang pertanyaan diterima selepas waktu bekerja akan dilayan pada hari bekerja yang berikutnya)